Ahad, 29 November 2026
TERKINI
KKM tiada tindakan disiplin terhadap petugas kesihatan yang adu melalui saluran tidak rasmiJensen Huang bakal disoal Kongres AS selepas dilantik semula Ketua Eksekutif NvidiaRinggit dijangka kekal lemah berbanding dolar AS minggu depanLoke seru perpaduan DAP Pulau Pinang, cadang PRN negeri serentak dengan PRUNaib Pengerusi GPS persoal keperluan lebih wakil pembangkang di SarawakUjian MySiren serentak seluruh negara bermula, pengguna mula terima notifikasi kecemasanBekalan minyak masak paket tidak terjejas walaupun 211 syarikat dinyahaktif daripada eCOSSPenganalisis: Kesetiaan GPS tidak terjamin kepada parti yang tidak bertanding PRN SarawakDua bekas pramugari beralih ke landasan, jadi kru ECRL sebelum perkhidmatan ke Kelantan 12 DisemberMenara T313 runtuh walaupun kerja perlindungan tebing dibuat Mac, kata Sabah Electricity

KKM tiada tindakan disiplin terhadap petugas kesihatan yang adu melalui saluran tidak rasmi

KOTA BHARU: Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini tidak mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap petugas kesihatan yang menyuarakan rungutan melalui saluran tidak rasmi, sebaliknya mengutamakan nasihat kepada mereka.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Dr Azman Yaacob berkata, aduan di media sosial yang mengkritik jabatan atau agensi lain boleh mencetuskan ketegangan dan kontroversi, selain mengganggu tumpuan petugas terhadap tugas mereka.

"Setakat ini, tiada tindakan disiplin diambil. Kami menasihati mereka yang masih berkhidmat, terutama apabila isu yang dibangkitkan melibatkan jabatan atau agensi kerajaan lain," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran program Patient Modesty Care Graduates di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, hari ini.

Menurut Dr Azman, KKM mahu petugas menyalurkan aduan dan pandangan melalui saluran yang betul, termasuk pengurusan hospital, pengarah kesihatan negeri atau saluran yang disediakan di kementerian.

Beliau berkata KKM kerap menyediakan ruang perbincangan mengenai kebajikan, keperluan dan kebimbangan petugas kesihatan, termasuk melalui pertemuan dengan pengurusan tertinggi kementerian.

Dr Azman menjelaskan, perkara seperti elaun, penempatan dan keperluan kakitangan tidak semuanya terletak di bawah bidang kuasa KKM kerana sesetengah keputusan memerlukan penglibatan agensi lain, termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan.

Mengenai peningkatan terkini elaun on-call pegawai perubatan dan pakar, beliau berkata pendapatan bulanan mereka yang menjalankan tugas itu boleh bertambah sekitar RM1,000 bagi mereka yang melakukan lima hingga enam syif on-call sebulan.

Beliau berkata antara penambahbaikan lain ialah kenaikan elaun pasca asas jururawat daripada RM100 kepada RM200 mulai tahun depan.

TopikKKMPetugas kesihatanDr Azman YaacobElaun

Foto: penduga_aruz / Wikimedia Commons (CC BY 3.0)

Berita berkaitan