“Sebanyak 25 daripada 672 sungai di negara ini telah dikategorikan sebagai tercemar. Punca-punca utama pencemaran tersebut termasuklah aktiviti industri, loji kumbahan, perbandaran, pertanian, perumahan, dan penternakan.” Kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Kenyataan ini dibuat semasa sidang media selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

Menurut Datuk Seri Fadillah Yusof, 72 peratus atau 486 sungai yang dipantau oleh JAS berada dalam kategori bersih, sementara 24 peratus atau 161 sungai berada dalam kategori sederhana.

“Mesyuarat hari ini juga dimaklumkan mengenai Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) membangunkan Sistem Pintar Kecerdasan Buatan Bagi Penarafan dan Pengkelasan Kedudukan Sungai di Malaysia (AIE3S).

“Sistem ini boleh digunakan di lembangan sungai oleh semua pihak berkepentingan dalam pemantauan meningkatkan kualiti air sungai,” katanya.

Berikut senarai sungai tercemar kelas tiga dan empat mengikut kawasan:

Kedah

  1. Sungai Merbok

Pulau Pinang

  1. Sungai Chempedak
  2. Sungai Jawi
  3. Sungai Rambai
  4. Sungai Kluang
  5. Sungai Pinang
  6. Sungai Titi Kerawang

Selangor/Kuala Lumpur

  1. Sungai Buloh
  2. Sungai Air Busuk
  3. Sungai Kerayong
  4. Sungai Toba

Negeri Johor

  1. Sungai Danga
  2. Sungai Buluh
  3. Sungai Tukang Batu
  4. Sungai Kempas
  5. Sungai Segget
  6. Sungai Pandan
  7. Sungai Sebulung
  8. Sungai Sengkuang
  9. Sungai Tampoi

Negeri Sarawak

  1. Sungai Adong
  2. Sungai Miri
  3. Sungai Daro
  4. Sungai Jemoreng

Selanjutnya daripada Warta Malaysia