Khamis, 5 November 2026
TERKINI

Bekas isteri Najib, Tengku Puteri Zainah meninggal dunia pada usia 70 tahun

KUANTAN: Bekas isteri mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, meninggal dunia pada Khamis. Beliau berusia 70 tahun.

Perkhabaran duka itu dikongsikan anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib, menerusi hantaran di laman sosial Facebook.

Dalam hantaran tersebut, Nizar menzahirkan rasa dukacita atas pemergian bondanya dan mengenang kasih sayang, pengorbanan serta doa yang dicurahkan sepanjang hayat beliau.

“Terima kasih, bonda atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa sepanjang hayatmu. Tiada apa yang mampu membalas segala jasamu.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosamu, merahmatimu dan menempatkanmu dalam kalangan penghuni Syurga Firdaus.

“Bonda tetap hidup dalam doa dan ingatan anakanda selamanya,” katanya. Hantaran itu turut disertai ucapan Al-Fatihah.

Allahyarhamah ialah ibu kepada Nizar, Putri Norlisa dan Mohd Nazifuddin.

Sebelum ini dilaporkan Tengku Puteri Zainah dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

TopikTengku Puteri ZainahNajib RazakMohamad Nizar NajibKuantan

Foto: Government of Malaysia / Wikimedia Commons (CC BY-SA 3.0)

Berita berkaitan