Khamis, 26 November 2026
TERKINI
Sembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakanDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan sekolah Yong Peng, Wong Kah Woh: ulasan sedang disediakanKPM putuskan pada 2029 sama ada murid enam tahun wajib masuk Tahun Satu – Wong Kah Woh

Bekas pegawai bank direman, meminta dan terima rasuah sebanyak rm50,000

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus bank direman selama lima hari di Mahkamah Majistret pada Isnin bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah sebanyak RM50,000.

Menurut laporan Sinar Harian, Perintah reman dikeluarkan terhadap suspek 50-an dikeluarkan oleh Majistret, Rais Imran Hamid dan berkuat kuasa bermula Isnin sehingga Jumaat. Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Lelaki berusia 50-an itu, yang sebelumnya dipercayai memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan berseluar biru gelap, tiba di pekarangan mahkamah pada jam 8.40 pagi, menaiki van suruhanjaya terbabit.

Suspek ditahan oleh anggota SPRM Kelantan pada jam 3 petang, Ahad, seperti yang dilaporkan akhbar sebelumnya.

Menurut sumber, suspek disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM50,000 daripada pelanggannya dengan alasan membiayai program bank sejak tahun 2022.

Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain, mengesahkan penahanan dan perintah reman terhadap lelaki tersebut.

TopikrasuahSPRM

Berita berkaitan