Ahad, 29 November 2026
TERKINI
Ujian MySiren serentak seluruh negara bermula, pengguna mula terima notifikasi kecemasanBekalan minyak masak paket tidak terjejas walaupun 211 syarikat dinyahaktif daripada eCOSSPenganalisis: Kesetiaan GPS tidak terjamin kepada parti yang tidak bertanding PRN SarawakDua bekas pramugari beralih ke landasan, jadi kru ECRL sebelum perkhidmatan ke Kelantan 12 DisemberMenara T313 runtuh walaupun kerja perlindungan tebing dibuat Mac, kata Sabah ElectricityKerajaan kaji gantikan pencen Ahli Parlimen dengan caruman KWSPBajet 2027 diluluskan Dewan Rakyat menerusi undi suaraMCA desak KPM jelaskan pendirian sebenar kemasukan wajib Tahun Satu pada usia enam tahunLebih 800 mangsa banjir dipindahkan di Sabah, Beaufort catat bilangan tertinggiKenapa tunggu untuk laksana pelan induk India, soal Ahli Parlimen DAP kepada Zahid

BN buka keahlian terus kepada masyarakat India, Zahid mahu Pelan Induk India dikaji semula

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) mengalu-alukan penyertaan masyarakat India sebagai ahli terus gabungan itu tanpa perlu menyertai mana-mana parti komponen, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata perlembagaan BN mempunyai peruntukan yang membolehkan individu menjadi ahli terus tanpa menyertai parti komponen.

"Kami ingin menjemput individu, termasuk badan bukan kerajaan dan pemimpin politik daripada masyarakat India di Malaysia, untuk mengambil keahlian terus dalam BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-80 di sini pada Sabtu.

"Seperti mana kita ada inisiatif Rumah Bangsa dalam UMNO, kita membuka laluan yang lebih luas untuk mereka menyertai BN," katanya.

Turut hadir Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ma Siong dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO, berkata BN turut akan mengkaji semula Pelan Induk India Malaysia (Malaysian Indian Blueprint) yang genap 10 tahun tahun depan.

"Saya telah menugaskan MIC dan parti komponen lain yang diterajui pemimpin India untuk duduk bersama dan mengkaji kerangka pelan induk itu selaras dengan Agenda Malaysia Biru yang saya umumkan pada Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu," katanya sambil menyatakan harapan agar perbincangan dapat diadakan tidak lama lagi.

Antara cadangan yang akan dimasukkan dalam kajian semula itu ialah menaikkan nilai portfolio pelaburan unit amanah terbuka untuk masyarakat India daripada RM1.5 bilion kepada RM3 bilion.

BN juga akan mencadangkan agar peruntukan pinjaman tanpa faedah untuk masyarakat India digandakan daripada RM500 juta kepada RM1 bilion, kata Ahmad Zahid.

Sebelum itu dalam ucapannya, Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran menggesa Ahmad Zahid memohon kelulusan Perdana Menteri bagi peruntukan 1.5 bilion unit Amanah Saham 1Malaysia dan pinjaman tanpa faedah RM500 juta untuk masyarakat India.

TopikAhmad Zahid HamidiBarisan NasionalMICMasyarakat India

Berita berkaitan