Ahad, 29 November 2026
TERKINI
Ujian MySiren serentak seluruh negara bermula, pengguna mula terima notifikasi kecemasanBekalan minyak masak paket tidak terjejas walaupun 211 syarikat dinyahaktif daripada eCOSSPenganalisis: Kesetiaan GPS tidak terjamin kepada parti yang tidak bertanding PRN SarawakDua bekas pramugari beralih ke landasan, jadi kru ECRL sebelum perkhidmatan ke Kelantan 12 DisemberMenara T313 runtuh walaupun kerja perlindungan tebing dibuat Mac, kata Sabah ElectricityKerajaan kaji gantikan pencen Ahli Parlimen dengan caruman KWSPBajet 2027 diluluskan Dewan Rakyat menerusi undi suaraMCA desak KPM jelaskan pendirian sebenar kemasukan wajib Tahun Satu pada usia enam tahunLebih 800 mangsa banjir dipindahkan di Sabah, Beaufort catat bilangan tertinggiKenapa tunggu untuk laksana pelan induk India, soal Ahli Parlimen DAP kepada Zahid

Lebih 800 mangsa banjir dipindahkan di Sabah, Beaufort catat bilangan tertinggi

KOTA KINABALU: Seramai 842 orang dipindahkan akibat banjir di Sabah setakat 8 malam tadi, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Jawatankuasa itu berkata, pemindahan membabitkan 291 keluarga dari sembilan kampung di Beaufort, Sook dan Nabawan.

Beaufort mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 300 orang daripada 107 keluarga, diikuti Sook seramai 281 orang daripada 82 keluarga dan Nabawan 261 orang daripada 102 keluarga.

Daripada 842 mangsa yang berdaftar, 529 orang terdiri daripada dewasa dan warga emas, manakala baki 313 orang ialah kanak-kanak dan bayi.

Jawatankuasa itu memaklumkan tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Banjir tersebut berpunca daripada hujan lebat yang berterusan sejak Khamis lalu.

TopikBanjirSabahBeaufortSookNabawan

Foto: Robert Lamb / Wikimedia Commons (CC BY-SA 2.0)

Berita berkaitan