Ahad, 29 November 2026
TERKINI
Ujian MySiren serentak seluruh negara bermula, pengguna mula terima notifikasi kecemasanBekalan minyak masak paket tidak terjejas walaupun 211 syarikat dinyahaktif daripada eCOSSPenganalisis: Kesetiaan GPS tidak terjamin kepada parti yang tidak bertanding PRN SarawakDua bekas pramugari beralih ke landasan, jadi kru ECRL sebelum perkhidmatan ke Kelantan 12 DisemberMenara T313 runtuh walaupun kerja perlindungan tebing dibuat Mac, kata Sabah ElectricityKerajaan kaji gantikan pencen Ahli Parlimen dengan caruman KWSPBajet 2027 diluluskan Dewan Rakyat menerusi undi suaraMCA desak KPM jelaskan pendirian sebenar kemasukan wajib Tahun Satu pada usia enam tahunLebih 800 mangsa banjir dipindahkan di Sabah, Beaufort catat bilangan tertinggiKenapa tunggu untuk laksana pelan induk India, soal Ahli Parlimen DAP kepada Zahid

Guna AI untuk lawan maklumat palsu janaan AI, kata Fahmi

KUALA LUMPUR: Teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh digunakan untuk mengesahkan ketulenan maklumat yang tular di media sosial, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Beliau berkata alat AI seperti Meta AI di WhatsApp, Gemini dan ChatGPT boleh membantu pengguna menyemak ketulenan video, grafik dan maklumat lain, terutamanya kandungan palsu yang dihasilkan menggunakan teknologi deepfake.

"Kita kini boleh menggunakan AI untuk melawan AI. WhatsApp ada ciri Meta AI yang boleh diakses di bahagian kanan bawah aplikasi. Kita boleh berinteraksi dengannya, memajukan mesej atau berkongsi kandungan dengan Meta AI dan meminta ia menilai ketulenan maklumat itu," katanya pada Sabtu.

Fahmi berkata beliau sendiri menggunakan alat sedemikian selepas menerima pertanyaan mengenai grafik tular yang mendakwa Kuala Lumpur antara 10 bandar paling berbahaya di dunia.

"Saya majukan grafik itu kepada Meta AI, yang memaklumkan bahawa statistik berkenaan tidak diperoleh daripada sumber rasmi polis dan sumbernya tidak diketahui," katanya.

Mengenai kesiapsiagaan bencana, Fahmi menasihatkan orang ramai bersedia dan tidak panik apabila mendengar ujian amaran Sistem Amaran Awal (EWS) melalui MySiren, yang akan dijalankan serentak di seluruh negara dari 10.10 pagi hingga 10.30 pagi Ahad (29 November).

Menurut beliau, ujian itu bertujuan memperkenalkan nada amaran rasmi kepada orang ramai supaya mereka memberi perhatian dan segera bertindak melindungi diri dan harta benda sekiranya berlaku kecemasan sebenar.

TopikFahmi FadzilKecerdasan buatanDeepfakeMySirenSistem Amaran Awal

Berita berkaitan