Ahad, 29 November 2026
TERKINI
Ujian MySiren serentak seluruh negara bermula, pengguna mula terima notifikasi kecemasanBekalan minyak masak paket tidak terjejas walaupun 211 syarikat dinyahaktif daripada eCOSSPenganalisis: Kesetiaan GPS tidak terjamin kepada parti yang tidak bertanding PRN SarawakDua bekas pramugari beralih ke landasan, jadi kru ECRL sebelum perkhidmatan ke Kelantan 12 DisemberMenara T313 runtuh walaupun kerja perlindungan tebing dibuat Mac, kata Sabah ElectricityKerajaan kaji gantikan pencen Ahli Parlimen dengan caruman KWSPBajet 2027 diluluskan Dewan Rakyat menerusi undi suaraMCA desak KPM jelaskan pendirian sebenar kemasukan wajib Tahun Satu pada usia enam tahunLebih 800 mangsa banjir dipindahkan di Sabah, Beaufort catat bilangan tertinggiKenapa tunggu untuk laksana pelan induk India, soal Ahli Parlimen DAP kepada Zahid

Hajiji: Pembinaan semula menara penghantaran di Ranau siap dalam enam hhari, bekalan pantai timur Sabah dipulih

KOTA KINABALU: Pembinaan semula menara penghantaran yang runtuh dijangka siap dalam tempoh enam hari dari 24 November, sekali gus membolehkan bekalan elektrik di pantai timur Sabah dipulihkan sepenuhnya, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, Sabah Electricity melakukan segala usaha untuk memulihkan bekalan ke kawasan terjejas akibat runtuhnya menara penghantaran itu. Sementara itu, penduduk menerima bekalan daripada sumber sandaran dan set penjana sementara, walaupun beberapa kawasan masih berdepan kekurangan bekalan.

"Menara itu dijangka siap dalam tempoh enam hari. Buat masa ini, sumber sandaran alternatif digunakan dan keadaan beransur baik. Mungkin masih ada beberapa kawasan yang mengalami kekurangan bekalan, tetapi Sabah Electricity akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya demi rakyat kita di pantai timur," katanya.

Hajiji berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen ke-28 Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Dewan Canselor UMS di sini, pada Sabtu.

Menurut beliau, runtuhnya menara penghantaran itu berpunca daripada bencana alam dan bukan perbuatan disengajakan. Kerajaan negeri katanya memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi penduduk dan berharap mereka bersabar sementara kerja pemulihan diteruskan.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Sabah Electricity mempercepatkan kerja pemulihan susulan runtuhnya menara penghantaran T313 di Ranau. Anwar turut meminta bekalan sementara disediakan dengan keutamaan diberikan kepada sekolah, pusat peperiksaan dan kemudahan awam kritikal, terutama bagi membantu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang menduduki peperiksaan.

Dalam pada itu, Hajiji berkata kerajaan negeri turut menumpukan usaha jangka panjang untuk memperkukuh bekalan elektrik Sabah melalui sumber tenaga boleh baharu.

"Kita telah meluluskan hampir 3,000 megawatt kapasiti tenaga di Sabah, termasuk mini hidro, solar dan turbin angin. Dalam tempoh dua tahun akan datang, lebih 1,000 megawatt kapasiti tambahan dijangka siap, manakala baki kapasiti akan siap menjelang 2030," katanya.

TopikSabahHajiji NoorSabah ElectricityRanaubekalan elektrik

Foto: Kkiefuik This photo was taken with Canon EOS Rebel T5i / Wikimedia Commons (CC BY 4.0)

Berita berkaitan