KUALA LUMPUR: Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman dari (PN-Labuan) menegaskan bahawa beliau masih berada dalam blok pembangkang di Dewan Rakyat.

Ini disebabkan kerana Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, belum membuat keputusan mengenai kedudukan enam Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang sebelum ini menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Memang pun (masih di blok pembangkang) selagi Speaker (Tan Sri Johari Abdul) tak buat apa apa keputusan, kami masih di blok (pembangkang) ini,” katanya menerusi pesanan aplikasi WhatApps, hari ini.

Menurut laman web rasmi Parlimen, keenam-enam mereka masih disenaraikan dalam blok pembangkang dan duduk berdekatan dengan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dari MUDA-Muar.

Tempat duduk mereka masih di bahagian belakang blok E sejak penstrukturan tempat duduk Ahli Parlimen pada bulan Mac lalu.

Ahli-ahli tersebut adalah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Sebelum ini, Bersatu telah mengemukakan notis kepada Tan Sri Johari untuk mengosongkan enam kerusi Parlimen yang diwakili oleh wakil rakyat mereka yang sebelum ini menyokong Anwar, berdasarkan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan perenggan 3, Speaker Dewan Rakyat perlu memastikan kekosongan itu diisi dalam tempoh 21 hari selepas menerima notis.

Selanjutnya daripada Warta Malaysia