Khamis, 26 November 2026
TERKINI
Sembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakanDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan sekolah Yong Peng, Wong Kah Woh: ulasan sedang disediakanKPM putuskan pada 2029 sama ada murid enam tahun wajib masuk Tahun Satu – Wong Kah Woh

Kerajaan bersetuju pinda akta perhimpunan aman – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) bagi memudahkan pelaksanaan keputusan oleh kumpulan yang ingin mengadakan perhimpunan aman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa keperluan untuk mendapatkan persetujuan daripada penghuni kawasan bagi penganjuran perhimpunan seperti yang termaktub dalam Seksyen 11 akta tersebut akan dikeluarkan.

Beliau juga menjelaskan bahawa penganjur perhimpunan hanya perlu memaklumkan kepada pihak polis lima hari sebelum perhimpunan diadakan bagi tujuan pengawalan keselamatan.

“Beberapa tindakan sebelum ini termasuk siasatan terhadap perhimpunan anti-rasuah yang melibatkan mahasiswa akan dihentikan dan tiada tindakan diambil.

“Begitu juga mogok tunjuk perasaan oleh Sosma beberapa hari lalu juga tidak akan diambil apa-apa tindakan,” katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

TopikAKTAanwar ibrahimkerajaan

Berita berkaitan