Siasatan membabitkan pembunuhan Allahyarham adik Zayn Rayyan Abdul Matiin, enam tahun, Disember lalu masih aktif dan tidak pernah ditutup.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes itu masih aktif dan pihaknya sentiasa menanti petunjuk baharu.
“Seperti yang selalu saya katakan, kita tak pernah tutup mana-mana kes, kes kini menantikan petunjuk baru, namun malang sekali, selepas ganjaran ditawarkan pihak NGO (pertubuhan bukan kerajaan) pun kami tidak menerima petunjuk baru. – Harian Metro