Ketua Polis Selangor,Datuk Hussein Omar Khan, akan memohon untuk melanjutkan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin esok bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu.
“Kami akan memohon untuk sambung reman esok,” katanya ketika dihubungi oleh Harian Metro.
Sebelum ini, mayat Zayn Rayyan ditemui di dalam saliran air sekitar 200 meter dari rumahnya pada jam 9 malam, 6 Disember lalu.
Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa dibunuh dengan terdapat kesan kecederaan pada leher dan badannya.