Ahad, 29 November 2026
TERKINI
KPT guna semula RM225 juta dana penyelidikan tidak terpakai sejak 2006KKM tiada tindakan disiplin terhadap petugas kesihatan yang adu melalui saluran tidak rasmiJensen Huang bakal disoal Kongres AS selepas dilantik semula Ketua Eksekutif NvidiaRinggit dijangka kekal lemah berbanding dolar AS minggu depanLoke seru perpaduan DAP Pulau Pinang, cadang PRN negeri serentak dengan PRUNaib Pengerusi GPS persoal keperluan lebih wakil pembangkang di SarawakUjian MySiren serentak seluruh negara bermula, pengguna mula terima notifikasi kecemasanBekalan minyak masak paket tidak terjejas walaupun 211 syarikat dinyahaktif daripada eCOSSPenganalisis: Kesetiaan GPS tidak terjamin kepada parti yang tidak bertanding PRN SarawakDua bekas pramugari beralih ke landasan, jadi kru ECRL sebelum perkhidmatan ke Kelantan 12 Disember

KPT guna semula RM225 juta dana penyelidikan tidak terpakai sejak 2006

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menggunakan semula RM225 juta baki geran penyelidikan yang tidak digunakan dan terkumpul sejak 2006, susulan teguran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Menurut kementerian, hasil semakan mendapati baki itu timbul daripada penjimatan kos, pelarasan keperluan penyelidikan, projek yang siap lebih awal serta faktor teknikal dan pentadbiran lain, tanpa menjejaskan pencapaian objektif asal penyelidikan.

"Baki dana itu mewakili 3.65 peratus daripada keseluruhan peruntukan penyelidikan sepanjang dua dekad ini dan disimpan dalam akaun berasingan di institusi pengajian tinggi serta tertakluk kepada peraturan kerajaan, prosedur kewangan dan kelulusan kementerian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan PAC yang didedahkan Selasa lalu menyatakan KPT mengumpulkan baki geran penyelidikan tidak digunakan melebihi RM225 juta, sekali gus mendedahkan kelemahan pengurusan dana awam bagi program penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi. Isu sama turut dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini.

Kementerian berkata pihaknya telah mengambil langkah proaktif, termasuk kelulusan sekali sahaja daripada Kementerian Kewangan pada Februari, tertakluk kepada penubuhan mekanisme pengurusan yang jelas.

Pada 4 Mac, cadangan penggunaan semula baki dana itu dikemukakan kepada Kabinet seperti diarahkan, dan Kabinet meluluskan mekanisme, prosedur pengurusan serta pengagihan baki dana tersebut pada 18 September.

Cadangan itu melibatkan 20 universiti awam dan 41 institusi pengajian tinggi swasta.

"Penggunaan semula dana akan dilaksanakan secara telus, teratur dan dipantau secara berkala tanpa mengubah tujuan asal peruntukan penyelidikan dan pembangunan," kata kementerian.

Kementerian turut mengambil tindakan tatatertib terhadap individu yang mengetuai projek penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang menyebabkan kerugian RM1.6 juta berkaitan prototaip perubatan i-Breath antara Januari 2022 dan Disember 2023. Satu laporan polis dibuat berhubung perkara itu pada 15 Oktober 2025.

UTM pula telah melaksanakan langkah pembetulan termasuk pengasingan tugas pengesah dan pelulus serta mendapatkan kelulusan perbelanjaan daripada lembaga pengarah universiti.

Kementerian berkata ia akan terus bekerjasama dengan PAC, Jabatan Audit Negara dan agensi berkaitan bagi memastikan setiap cadangan penambahbaikan dilaksanakan berdasarkan fakta yang jelas.

TopikKPTPACDana penyelidikanUTM

Berita berkaitan