KUALA LUMPUR: Di mana Mommy dan Daddy?” tanya adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan, setelah kedua-dua ibu bapanya ditahan polis dan kini dalam reman untuk membantu siasatan kes pembunuhan Zayn di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menurut datuknya, Zahari Mohd Reba, dia kerap termenung dan kelihatan kurang ceria berbanding ketika ibu bapanya masih ada bersamanya.
“Mateen juga kurang berselera makan nasi dan hanya menjamah ayam goreng.
“Namun Insya-Allah kami tetap akan menjaga Mateen,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.