Khamis, 5 November 2026
TERKINI
Perjanjian penstrukturan semula pinjaman paip kurangkan kerugian kepada RM3 bilion – AnwarNacsa naikkan tahap ancaman keselamatan siber daripada rendah kepada sederhanaAdam Adli gesa penyokong PH tidak bertindak balas isu bendera kempen dirosakkanTiada arahan penyokong Bersatu sokong PH di Melaka, kata PejaExco: Kelulusan projek perumahan kawasan tanah runtuh Paya Terubong keputusan kolektifTiada pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Mata Ayer, PerlisSingapura cadang denda S$20 juta syarikat langgar undang-undang jerebuHarga RON95 tanpa subsidi dan diesel turun 15 sen, RON97 turun 20 senSyarat alam sekitar ketat dikenakan ke atas pusat data, syarikat setuju patuh – AnwarPereka dakwa ‘kemalangan pakaian’ Janet Jackson di Super Bowl 2004 disengajakan

Nacsa naikkan tahap ancaman keselamatan siber daripada rendah kepada sederhana

KUALA LUMPUR: Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa) menaikkan tahap ancaman keselamatan siber negara daripada rendah kepada sederhana.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) di bawah Jabatan Perdana Menteri menyatakan langkah itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga berikutan perkembangan keselamatan semasa, bagi memastikan perkhidmatan penting negara terus beroperasi.

Menurut kenyataan itu, Nacsa telah mengadakan mesyuarat dengan ketua sektor dan entiti infrastruktur maklumat kritikal negara (NCII) bagi memperkukuh penyelarasan kesiapsiagaan merentasi setiap sektor.

Mesyuarat tersebut mewajibkan semua entiti NCII melaksanakan sembilan langkah kesiapsiagaan keselamatan siber, termasuk pemantauan 24 jam, penampalan sistem, pengesahan pelbagai faktor serta pengemaskinian pelan kesinambungan perkhidmatan.

Ketua sektor NCII turut dikehendaki menyerahkan laporan status ancaman setiap minggu kepada Nacsa.

MKN berkata langkah kesiapsiagaan itu turut dibentangkan dalam mesyuarat khas para ketua setiausaha kementerian dan ketua perkhidmatan pada Selasa.

Melalui Pusat Koordinasi dan Kawalan Siber Nasional (NC4), Nacsa juga terus melaksanakan tiga fungsi operasi utama, iaitu mengeluarkan amaran dan nasihat keselamatan siber, mengukuhkan keupayaan pengesanan dan penilaian ancaman, serta memantau keselamatan siber entiti NCII dan agensi kerajaan.

Langkah itu membolehkan tindakan pencegahan dan pengurangan risiko diambil lebih awal bagi mengurangkan kemungkinan gangguan terhadap perkhidmatan penting negara. Sepanjang bulan lalu, NC4 mengeluarkan lapan amaran dan nasihat mengenai kelemahan yang menjejaskan entiti NCII dan agensi kerajaan.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan ucapan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, di Dewan Rakyat pada 3 November mengenai kesiapsiagaan keselamatan negara dalam menghadapi konflik geopolitik serta ketegangan keselamatan serantau dan antarabangsa.

Anwar sebelum ini berkata Malaysia antara negara yang berpotensi disasarkan serangan siber, memandangkan kekuatan infrastruktur digital dan pusat data negara serta pendirian tegas kerajaan terhadap beberapa isu antarabangsa, terutamanya Palestin dan Gaza.

Beliau berkata penilaian itu berdasarkan risikan yang dikumpulkan kerajaan dan tidak semua butiran ancaman itu boleh didedahkan kepada orang ramai.

MKN menegaskan komitmen memastikan keselamatan, kestabilan dan kedaulatan negara dipelihara menerusi kesiapsiagaan yang menyeluruh, bersepadu dan berterusan.

TopikNacsakeselamatan siberMKNNCIIAnwar Ibrahim

Berita berkaitan