Rabu, 4 November 2026
TERKINI
Singapura cadang denda S$20 juta syarikat langgar undang-undang jerebuHarga RON95 tanpa subsidi dan diesel turun 15 sen, RON97 turun 20 senSyarat alam sekitar ketat dikenakan ke atas pusat data, syarikat setuju patuh – AnwarPereka dakwa ‘kemalangan pakaian’ Janet Jackson di Super Bowl 2004 disengajakanKonduktor bas wanita meninggal dunia selepas ditolak keluar dari bas di TelanganaLetshanaa mara ke pusingan kedua Terbuka Korea, Ling Ching tersingkirPelaburan tambahan AS$15 bilion Google dorong agenda digital negara – AnwarPelan taman Tanjung Bungah: semua permintaan penduduk dipenuhi kecuali satu, kata ZairilJambatan Sungai Buloh runtuh, 4,500 rumah terputus hubungan; banjir kilat berulang uji pelan mitigasi Selangor598 VVIP, ahli parlimen dan ADUN gagal caruman PERKESO pekerja domestik – Ramanan

Syarat alam sekitar ketat dikenakan ke atas pusat data, syarikat setuju patuh – Anwar

PETALING JAYA: Syarat alam sekitar yang ketat telah dikenakan bagi menangani kebimbangan terhadap operasi pusat data di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata semua syarikat terbabit telah bersetuju memenuhi syarat berkenaan.

"Ya, inilah syarat-syarat yang dikenakan... dan mereka telah menerimanya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Mantap Malaysia Bersama AI di Universiti Malaya di sini hari ini.

Anwar menjawab soalan sama ada usaha yang dilakukan sudah mencukupi untuk menangani kebimbangan alam sekitar.

Sebelum itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Ghani turut menegaskan kerajaan akan memastikan pembangunan pusat data tidak menjejaskan bekalan elektrik kepada industri sedia ada.

Menurut beliau, pusat data merupakan infrastruktur penting untuk menyokong penggunaan teknologi baharu, namun pembangunannya tidak boleh mengganggu keperluan tenaga sektor sedia ada.

Johari berkata Malaysia telah meluluskan 117 pusat data dengan permintaan tenaga maksimum gabungan kira-kira 23,500 megawatt (MW) apabila siap sepenuhnya.

Daripada jumlah itu, 55 sudah beroperasi, manakala projek selebihnya berada pada pelbagai peringkat perancangan dan pembinaan.

TopikAnwar IbrahimPusat dataJohari GhaniAlam sekitar

Berita berkaitan