Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel turun 15 sen, RON97 turun 20 sen

KUALA LUMPUR: Harga runcit RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan 15 sen seliter, manakala RON97 dikurangkan 20 sen kepada RM4.70 seliter.
Harga baharu itu berkuat kuasa sehingga 11 November.
Bagaimanapun, RON95 di bawah skim BUDI95 kekal dijual pada harga RM1.99 seliter, manakala diesel di bawah inisiatif BUDI Diesel kekal RM2.10 seliter.
Petrol bersubsidi di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) juga kekal RM2.05 seliter, sementara diesel bersubsidi di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dijual pada harga RM2.15 seliter.
Dalam satu kenyataan, kementerian berkenaan menyatakan kerajaan persekutuan akan terus melindungi rakyat dan perniagaan daripada kesan ketidaktentuan global melalui subsidi.
"Seperti diumumkan dalam Bajet 2027, kerajaan menjangkakan akan membelanjakan RM40 bilion untuk subsidi bahan api tahun depan bagi membantu meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat," menurut kenyataan itu.
Foto: jtx1000 dotnet / Wikimedia Commons (CC BY 3.0)




