KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN) yang berlangsung pada 20 Jun lalu telah melantik Tan Sri Noh Omar sebagai Timbalan Presiden.

Keputusan ini selaras dengan pindaan Perlembagaan yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa, yang mengendalikan mesyuarat tersebut turut mengumumkan pelantikan Datin Seri Datuk Shamsiah M Yassin, Dr Subash Chandrabose, dan Chua Hock Kuan sebagai Naib Presiden.

“Antara individu yang dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi termasuklah Datuk Abd Muhaimin Abd Rahman Nazri, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Rafeiei Mustapha, Wong Siew Mun, Mohd Anas Sudin, Julie Sabran, Musa Sabri Ab Sattar, dan Mohd Fariz Abd Hadi,” ujarnya dalam kenyataan pada Jumaat lalu.

“Datuk Aris Shamsudin, Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin, Tengku Ainifarihin Tengku Abdullah, Dr Nurul Hana Zainal Baharin, Yahya Ahmad, Iman Arif Saiful Bahari, dan Faridzul Azlan Abd Shani juga turut dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi,” katanya

Keputusan mesyuarat ini mencerminkan usaha MN dalam memperkukuhkan struktur kepimpinan parti serta menyokong perubahan perlembagaan yang terkini.

MN dijangka akan terus mengukuhkan posisinya sebagai pemain utama dalam arena politik negara.

Selanjutnya daripada Warta Malaysia