Khamis, 26 November 2026
TERKINI
Sembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakanDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan sekolah Yong Peng, Wong Kah Woh: ulasan sedang disediakanKPM putuskan pada 2029 sama ada murid enam tahun wajib masuk Tahun Satu – Wong Kah Woh

PAS saja tak akan dapat bentuk kerajaan sendiri

KUALA LUMPUR: PAS tidak akan dapat membentuk kerajaan persekutuan secara bersendirian kerana popularitinya yang terbatas, menurut bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menjelaskan bahawa PAS hanya berjaya mendapat sokongan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis.

“Itu tidak mencukupi,” kata Mahathir, yang kini bertindak sebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri pimpinan PAS, dikenali sebagai SG4.

“Mereka mesti bekerjasama dengan orang lain. Jika PAS mahu menjadi kerajaan, ia perlu mencari kira-kira 80 kerusi lagi untuk membentuk 112 (untuk majoriti mudah di Dewan Rakyat). 80 kerusi ini akan datang dari pantai barat (Semenanjung) dan orang pantai barat bukan penyokong PAS,

“Jadi PAS dengan sendirinya tidak boleh memerintah negara. Ia perlu bekerjasama dengan bukan Melayu dan Melayu yang bukan ahli (atau penyokong) PAS” Katanya

Mahathir juga menyatakan bahawa PAS telah memenangi lebih daripada 40 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum 2022, tetapi jumlah itu masih belum mencukupi untuk membentuk kerajaan.

TopikMahathirpas

Berita berkaitan