Khamis, 26 November 2026
TERKINI
Sembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakanDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan sekolah Yong Peng, Wong Kah Woh: ulasan sedang disediakanKPM putuskan pada 2029 sama ada murid enam tahun wajib masuk Tahun Satu – Wong Kah Woh

PAS tolak pelawaan sertai kerajaan, kekal istiqamah dengan haluan sekarang

SHAH ALAM: PAS akan terus berpegang kepada hala tuju politiknya ketika ini dan menolak pelawaan untuk menyertai kerajaan.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari, menegaskan pendirian itu menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebooknya pada Selasa.

"PAS akan terus istiqamah dengan jalannya sekarang. Terima kasih atas undangan dan jemputan," katanya.

Kenyataan itu dibuat sebagai maklum balas terhadap gesaan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad, yang meminta PAS menamatkan kerjasama dengan UMNO dan beralih arah menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, Khalid dalam satu sidang media dilaporkan menyambut baik cadangan bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rosli Yaakop, supaya parti itu menyokong Anwar dan Pakatan Harapan (PH).

Khalid dan Rosli pernah menganggotai Jawatankuasa Pimpinan PAS Pusat sebelum masing-masing menyertai Amanah. Namun, Rosli dilaporkan kembali menyertai PAS pada Jun lalu.

TopikPASAmanahAhmad Fadhli ShaariKhalid Abdul SamadUMNO

Foto: Thegreatrebellion / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan