Peguam Mahmud Jumaat dari firma Tetuan Emir Mahmud & Co telah mengumumkan bahawa beliau tidak lagi mewakili ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang kini ditahan reman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menurut Berita Harian, Mahmud memaklumkan penarikan diri adalah sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Sebelum ini, beliau dilantik oleh keluarga untuk mewakili pasangan berusia 28 tahun itu selepas mereka ditahan oleh polis di kediaman mereka di Puncak Alam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menyatakan bahawa pasangan tersebut direman selama seminggu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.