Khamis, 26 November 2026
TERKINI
Sembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakanDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan sekolah Yong Peng, Wong Kah Woh: ulasan sedang disediakanKPM putuskan pada 2029 sama ada murid enam tahun wajib masuk Tahun Satu – Wong Kah Woh

Pengumuman penyelarasan harga lantai padi langkah kerajaan bela nasib pesawah

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan telah mengumumkan penyelarasan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 per metrik tan yang akan berkuat kuasa mulai 16 Februari ini.

Langkah ini dianggap sebagai bukti komitmen kerajaan untuk membela nasib pesawah, terutama selepas hampir sedekad harga lantai belian padi tidak mengalami sebarang perubahan.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Mohammed Taufiq Johari, menyatakan bahawa penyelarasan harga lantai padi ini jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan pendapatan pesawah.

“Dengan kenaikan ini, pesawah bukan sahaja memperoleh pendapatan yang lebih baik, malah ia memberikan jaminan ekonomi yang lebih stabil kepada golongan yang bergantung kepada industri padi sebagai sumber utama kehidupan.

“Lebih penting, Kerajaan MADANI juga memastikan langkah ini tidak membebankan rakyat dengan memperuntukkan subsidi sekitar RM150 juta kepada pengilang padi bagi mengekalkan harga jualan maksima beras putih tempatan pada kadar RM2.60 sekilogram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenaikan harga lantai belian padi kepada RM1,500 ini merupakan kali kedua dalam tempoh dua tahun selepas kenaikan harga sebelumnya daripada RM1,200 kepada RM1,300 pada tahun 2023.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, mengesahkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menyelaraskan harga lantai padi kepada RM1,500 berbanding RM1,300 sebelum ini.

Langkah ini diambil selepas mempertimbangkan peningkatan kos upah, baja, racun, dan lain-lain kos input pertanian, serta impak terhadap kos pengeluaran beras.

Dalam pada itu, Mohammed Taufiq menambah, langkah berkenaan adalah pendekatan menyeluruh yang memastikan kesejahteraan pesawah dan rakyat terus terpelihara.

“Saya turut menghargai peranan BERNAS khususnya Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, yang telah menunjukkan komitmen dalam membantu golongan pesawah dengan menyalurkan tambahan RM30 juta kepada pesawah miskin.

“Inisiatif ini melengkapi usaha Kerajaan dalam memastikan bantuan terus sampai kepada mereka yang memerlukan.

“Sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan yang sebahagian besarnya terdiri daripada pesawah, saya amat menyokong langkah ini dan akan terus memperjuangkan kepentingan komuniti pesawah agar kebajikan mereka sentiasa terjamin,” katanya lagi.

Sebelum keputusan ini, harga lantai belian padi ditetapkan pada RM1,300 per tan, dengan harga belian lebih tinggi antara RM1,500 hingga RM1,800 ditawarkan oleh pengilang di pasaran terbuka.

Bagaimanapun, Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) membantah penetapan itu yang diputuskan pada mesyuarat pengilang beras bersama Ketua Pengarah Bahagian Industri Padi dan Beras, baru-baru ini. 

Topikkerajaanpadipesawah

Berita berkaitan