Ribut petir, hujan lebat dijangka landa tujuh negeri dan Putrajaya sehingga 9 malam

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak serta Putrajaya sehingga 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 5 petang memaklumkan bahawa amaran itu melibatkan beberapa daerah di negeri berkenaan.
Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian serta Larut, Matang dan Selama, manakala di Pahang, amaran melibatkan Jerantut.
Di Selangor, kawasan terlibat ialah Petaling, Sepang, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor. Di Negeri Sembilan pula, amaran meliputi Port Dickson, Seremban, Rembau dan Tampin, sementara di Johor, kawasan terlibat ialah Tangkak, Muar dan Segamat.
Amaran cuaca buruk itu turut melibatkan seluruh negeri Melaka.
Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Selangau dan Kanowit (bahagian Sibu), Kapit dan Song (bahagian Kapit), Lubok Antu dan Pantu (bahagian Sri Aman), Serian, Tatau dan Sebauh (bahagian Bintulu) serta Samarahan.




