Khamis, 26 November 2026
TERKINI
Sembilan daerah di Kelantan berisiko banjir sehingga 30 November susulan amaran hujan berterusan'Tiada apa nak disembunyikan' – pembantu Hannah Yeoh selepas beri keterangan kepada SPRM isu tanah KLSCAHBekalan elektrik terhad dipulihkan di pantai timur Sabah, pemulihan penuh dijangka 3 DisemberMalaysia buat kali pertama tersenarai tujuh negara Asia dengan kerugian penipuan tertinggi – GASAPersatuan hotel gesa kerajaan timbang semula keperluan visa baharu warga IndiaDewan Rakyat lulus Belanjawan 2027 menerusi undi suaraPemimpin DAP persekutuan bukan warga Sarawak tidak akan berkempen pada PRN SarawakDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan SMJK Yong Peng, Wong Kah Woh: keputusan sedang disediakanDr Wee gesa KPM luluskan pemindahan sekolah Yong Peng, Wong Kah Woh: ulasan sedang disediakanKPM putuskan pada 2029 sama ada murid enam tahun wajib masuk Tahun Satu – Wong Kah Woh

Speaker tiada pilihan isytihar enam kerusi parlimen kosong – Wan Saiful

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul tiada pilihan melainkan untuk mengisytiharkan kosong kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu yang telah berpaling tadah daripada parti, susulan pengumuman kekosongan luar jangka di kerusi DUN Nenggiri oleh Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Wan Saiful Wan Jan menekankan keperluan untuk mengikut preceden ini bagi mengelak krisis perlembagaan yang serius.

Menurut beliau, undang-undang tubuh negeri dan Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa apabila wakil rakyat kehilangan keahlian parti, kerusi yang dipegang perlu dikosongkan.

“Saya berharap Johari Abdul sebagai speaker Dewan Rakyat akan memastikan ada sedikit ‘uniformity’ (keseragaman) dalam pelaksanaan peraturan-peraturan DUN dan Dewan Rakyat setelah melihat apa yang berlaku di Kelantan.

“Saya pasti Johari pun faham dan sedar bahawa beliau tidak ada pilihan untuk mengisytiharkan enam kerusi Ahli Parlimen di Dewan Rakyat itu, kosong juga,” kata Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Mohd Amar telah mengumumkan kekosongan luar jangka di kerusi Nenggiri selepas menerima notis berkenaan dari Ahli Parlimen Gua Musang, Azizi yang juga merupakan salah seorang daripada enam yang hilang keahlian Bersatu kerana menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Azizi telah menyatakan niat untuk membawa keputusan speaker DUN Kelantan ke mahkamah.

Enam Ahli Parlimen lain yang terlibat termasuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) juga tidak menjawab surat arahan bertulis MPT Bersatu untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti.

Keputusan untuk mengisytiharkan kosong kerusi-kerusi ini dianggap penting bagi memastikan kestabilan perlembagaan yang selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa.

Topikahli parlimenBersattuspeaker

Berita berkaitan