Suami penyanyi dan pelakon terkenal Bunga Cinta Lestari (BCL), Tiko Aryawardhana, telah dilaporkan kepada pihak polis atas tuduhan penggelapan wang syarikat sebanyak Rp6.9 bilion (RM1.9 juta).
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jakarta Selatan, Bintoro, mengesahkan penerimaan laporan itu daripada bekas isteri Tiko, yang hanya dikenali sebagai AW, yang melaporkan kes tersebut pada tahun 2022 selepas perceraian mereka setahun sebelum itu.
Berdasarkan keterangan dari peguam yang mewakili AW, Leo Siregar, tuduhan penggelapan tersebut melibatkan perusahaan PT Arjuna Advaya Sanjaya (AAS) yang diusahakan oleh Tiko dan anak guamnya dalam sektor makanan dan minuman sejak tahun 2015 hingga 2021.
Dakwaan ke atas Tiko adalah bahawa beliau memanipulasi dokumen perniagaan untuk menyembunyikan krisis kewangan syarikat dan menggunakan dana syarikat sebanyak RM1.9 juta tanpa penjelasan yang jelas. Ini menyebabkan anak guam AW merasa curiga dan akhirnya melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.
Sehingga kini, kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa. Jika disabitkan kesalahan penggelapan wang, Tiko boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun.