KUALA LUMPUR: Tiga lelaki tempatan telah ditahan kerana menyembunyikan 58 pendatang asing tanpa izin (PATI) di sebuah kilang kitar semula di Bandar Tenggara.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora, menjelaskan bahawa penahanan tersebut dilakukan selepas satu operasi bersepadu dilancarkan di kilang berkenaan pada jam 3.30 pagi Ahad.

Menurut Laporan Sinar Harian, Operasi itu melibatkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 5 Simpang Renggam, Jabatan Alam Sekitar (JAS), dan Jabatan Kastam Negeri Johor.

“Seramai 58 PATI membabitkan 53 lelaki dan lima wanita berusia antara 18 hingga 53 tahun ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah. Turut ditahan dua penjaga kilang terdiri lelaki tempatan berusia antara 20-an hingga 40-an.

“Pemeriksaan lanjut dilakukan menemui satu paket kecil berisi serbuk serta ketulan kristal disyaki syabu seberat 0.46 gram, dengan seorang penjaga kilang didapati positif dadah,” katanya.

Selanjutnya daripada Warta Malaysia