Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

59 warga asing ditahan selepas serbuan lapan premis perniagaan di Selangor

PETALING JAYA: Seramai 59 warga asing ditahan selepas pegawai Jabatan Imigresen menyerbu lapan premis perniagaan di seluruh Selangor pada Khamis.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata operasi yang dijalankan pada pukul 1 petang itu dilakukan selepas dua minggu pengumpulan risikan dan maklumat orang ramai, berikutan syak pendatang tanpa izin menggunakan premis berkenaan sebagai tempat persembunyian bagi mengelak dikesan.

"Siasatan awal mendapati sebahagian warga asing dipercayai menggunakan premis perniagaan sebagai tempat tinggal dan berlindung untuk mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zakaria, seramai 152 individu diperiksa sepanjang operasi itu, terdiri daripada 75 rakyat Malaysia dan 77 warga asing.

Daripada 59 warga asing yang ditahan, 53 lelaki dan enam wanita. Mereka disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen, termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan sah, melebihi tempoh tinggal dan menyalahgunakan pas.

Tiga individu di lokasi serbuan turut dikeluarkan saman Borang 29 sebagai saksi bagi membantu siasatan lanjut.

"Semua yang ditahan ditempatkan di depoh Imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.

Zakaria berkata, jabatan itu akan terus mempergiat risikan, pemantauan dan operasi penguatkuasaan untuk mengenal pasti warga asing yang melanggar undang-undang imigresen, termasuk mereka yang berlindung di premis perniagaan.

Beliau menambah, majikan, pemilik premis dan pihak lain yang didapati mengambil bekerja, menempatkan atau melindungi pendatang tanpa izin juga boleh dikenakan tindakan, tertakluk kepada siasatan dan undang-undang sedia ada.

"Imigresen tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang imigresen dan akan meneruskan operasi penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang dan peraturan negara," katanya.

TopikImigresenSelangorpendatang tanpa izinZakaria Shaaban

Berita berkaitan