Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

61 peratus rakyat Malaysia tiada simpanan kecemasan RM1,000 – Fadillah

KUCHING: Sebanyak 61 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan kecemasan sekurang-kurangnya RM1,000, menurut laporan Bank Negara Malaysia (BNM) 2024.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata angka itu menunjukkan sebahagian besar penduduk tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk menghadapi keadaan tidak dijangka.

Beliau berkata laporan sama turut mendapati 37 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan untuk menampung perbelanjaan selama tiga bulan sekiranya kehilangan pekerjaan.

"Ini antara cabaran yang tergambar daripada fakta dan angka yang dikemukakan BNM. Justeru, saya percaya literasi kewangan amat penting dan mesti terus dipertingkat," katanya.

Beliau bercakap pada pelancaran program Juh Kita Melabur, Anak Sarawak di cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Kuching pada Ahad.

Pada majlis sama, Ketua Pegawai Eksekutif ASNB, Fadzihan Abbas Mohamed Ramlee, berkata pendidikan kewangan perlu disemai sejak usia muda bagi melahirkan generasi yang lebih celik kewangan.

Menurut beliau, kefahaman awal tentang nilai wang, kepentingan menyimpan dan asas pelaburan akan membantu golongan muda membuat keputusan kewangan yang lebih baik apabila memasuki alam dewasa.

"Kami juga amat menghargai sambutan rakyat Sarawak terhadap pelbagai program pendidikan kewangan yang dianjurkan sebelum ini. Sambutan ini menunjukkan wujud minat sebenar dalam kalangan rakyat negeri ini untuk menyimpan dan melabur," katanya.

Berasaskan hubungan dan kepercayaan yang terjalin, ASNB memperkenalkan Kempen Juh, Melabur Menang Mas khusus untuk rakyat Sarawak.

Di bawah kempen itu, setiap pelaburan bersih terkumpul RM5,000 yang dikekalkan sehingga tamat tempoh kempen melayakkan peserta mendapat satu penyertaan automatik dalam cabutan bertuah, tertakluk pada terma dan syarat.

Kempen yang berlangsung dari 1 November hingga 31 Disember itu terbuka kepada pemegang unit Sarawak yang memenuhi syarat kelayakan.

TopikFadillah YusofBank Negara Malaysiasimpanan kecemasanASNBSarawak

Foto: Anne4321 / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan