880 guru simpanan akan ditawarkan pelantikan sebelum 14 Disember, kata KPM

PETALING JAYA: Seramai 880 calon simpanan pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 2025 akan ditawarkan pelantikan sebelum status simpanan mereka tamat pada 14 Disember 2026.
Kementerian Pendidikan dalam kenyataan pada Selasa, 17 November, berkata penempatan akan dibuat selepas proses pelantikan selesai, berdasarkan kekosongan jawatan yang ada dan pilihan opsyen perguruan yang sesuai.
Menurut kementerian, setakat ini 3,537 daripada 4,417 calon simpanan pengambilan 2025 telah dikeluarkan surat pelantikan.
Kementerian turut memaklumkan pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Keputusan itu, katanya, mencerminkan komitmen kerajaan Madani untuk memastikan bakat dan semangat mereka yang bercita-cita mendidik anak bangsa dimanfaatkan sepenuhnya.
Foto: CEphoto, Uwe Aranas / Wikimedia Commons (CC BY-SA 3.0)




