Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Abang 13 tahun dan adik OKU autisme maut terperangkap dalam kebakaran rumah di Tawau

TAWAU: Seorang remaja berusia 13 tahun yang setia menjaga adik perempuannya, seorang orang kurang upaya (OKU) autisme berusia 10 tahun, ditemukan rentung bersama adiknya dalam kebakaran rumah di Taman Ria 11 di sini pada Jumaat.

Ibu saudara mangsa, Noreen Malvine, 37, berkata Muhammad Nor Fazryn Norman dan adiknya, Nurailin Nathania, gagal menyelamatkan diri selepas terperangkap di bilik kedua rumah teres dua tingkat itu yang dipasang jeriji.

“Ke mana-mana sahaja, dia (Muhammad Nor Fazryn) yang urus Nurailin dan mereka memang sentiasa bersama. Ketika tidur pun dia yang jaga, mereka satu bilik tetapi kedua-duanya tidak sempat menyelamatkan diri.

“Muhammad Nor Fazryn abang yang bijak, pelindung dan sentiasa mengutamakan adik-adiknya, terutama Nurailin,” katanya kepada Bernama.

Menurut Noreen, adik iparnya, Nor Fazrina Edayu Faisal, cuba menyelamatkan kedua-dua mangsa tetapi terpaksa terjun melalui tingkap bilik di tingkat dua bersama tiga lagi anaknya apabila bumbung rumah itu runtuh.

“Akibatnya, adik ipar saya cedera dan retak tulang belakang manakala seorang anaknya mengalami asma akibat kepulan asap yang tebal,” katanya.

Noreen kemudian membawa Nor Fazrina Edayu dan tiga anaknya ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut, sementara ahli keluarga lain mencari Muhammad Nor Fazryn dan Nurailin sebelum dimaklumkan mengenai penemuan mayat kedua-duanya.

Nor Fazrina Edayu kini dalam keadaan stabil tetapi masih menerima rawatan. Beliau tidak dapat ke unit forensik untuk melihat jenazah anak-anaknya kerana kecederaan pada kaki, meskipun menyatakan hasrat itu melalui panggilan video.

Suaminya, yang juga adik kepada Noreen, kini dalam perjalanan pulang ke Tawau dari tempat kerjanya di Kota Kinabalu.

Noreen memberitahu kebakaran itu dipercayai berpunca daripada litar pintas, namun punca sebenar masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Terdahulu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin, berkata terdapat enam mangsa ketika kejadian dan empat daripadanya berjaya menyelamatkan diri sebelum pasukan bomba menemukan kedua-dua mangsa dalam keadaan rentung di bilik tingkat atas rumah itu.

TopikTawauKebakaranSabahOKU

Berita berkaitan