Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Ahmad Maslan tarik balik perkataan 'kencing' dalam pantun, Dewan Rakyat kecoh

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat petang ini kecoh apabila Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, menyelitkan pantun berunsur sindiran ketika menjawab celahan Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) berhubung isu penghapusan tol.

Ahmad (BN-Pontian) berkata terdapat beberapa janji politik yang masih belum ditunaikan, termasuk berkaitan perkara itu. Beliau mengaitkannya dengan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, yang sebelum ini membuat pengiraan kos penghapusan tol.

"Saya dengar masa itu terutama Tony Pua membuat perkiraan, berdiri di tol MEX dan sebagainya. Penghapusan tol memang ada janji tetapi bukan kami (yang) janji. Ada banyak janji tak tertunai. Saya ada pantun tentang itu: 'Jika tuan pergi memancing, jangan lupa membawa umpan, kalau tuan tak nak kena kencing, sokong Barisan dan Perikatan'," katanya.

Kenyataan itu mencetuskan bantahan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang mempersoalkan sama ada Ahmad menjawab dalam kapasiti sebagai Timbalan Menteri atau pemimpin UMNO.

Rayer menegaskan Ahmad sepatutnya menjawab urusan kerajaan dan bukannya menyindir pemimpin serta Ahli Parlimen PH.

"Takkan kita nak duduk di sini mendengar jawapan dan rentetan seperti ini. Jangan hina kami dalam Dewan. Kamu di sini sebagai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan. Jangan malukan diri sendiri. Kita dalam Kerajaan Perpaduan dan memang ada janji yang belum tertunai," katanya.

"Saya minta beliau tarik balik perkataan 'kencing' dan minta maaf kepada Ahli Parlimen PH," tambahnya.

Selepas dinasihatkan Timbalan Speaker, Datuk Seri Dr Ramli Mohd Nor, Ahmad menarik balik penggunaan perkataan 'kencing' dalam pantun berkenaan, namun menafikan beliau menyebut perkataan Pakatan Harapan ketika menyampaikan sindiran itu.

TopikAhmad MaslanDewan RakyatRSN RayerNgeh Koo Hampenghapusan tol

Foto: DelawareMatt / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan