Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Aina Abdul tempat keempat pada Eurovision Asia pertama, Carmelle dari Filipina juara

BANGKOK: Penyanyi Malaysia, Aina Abdul, menduduki tempat keempat pada Eurovision Song Contest Asia 2026 yang julung kali diadakan di ibu kota Thailand ini pada Sabtu.

Juara pertama pertandingan itu ialah wakil Filipina, Carmelle, 19, manakala tuan rumah Thailand di tempat kedua dan Vietnam di tempat ketiga.

Pertandingan edisi Asia pertama itu disertai 11 negara, termasuk Thailand, Laos, Vietnam, Bhutan, Mongolia, Korea Selatan, Nepal, Kemboja dan Bangladesh.

Aina, 33, mewakili Malaysia dengan lagu ciptaan sendiri, Bluest Sky. Selepas persembahan, beliau meninggalkan penonton dengan pesanan penuh semangat, "May you find your Bluest Sky".

Sebelum itu, Aina menyifatkan perjalanannya ke pentas tersebut tidak mudah kerana terpaksa mengharungi pelbagai cabaran. Beliau juga mahu menguji kemampuan diri di peringkat antarabangsa.

"Dapatkah Aina Abdul pergi lebih jauh daripada Malaysia? Itu yang saya mahu cari tahu sendiri," katanya.

Di luar dewan, peminat Eurovision dari Malaysia turut hadir bersama untuk menyokong wakil negara. Seorang peminat tegar, Fauzan, 37, antara yang paling awal beratur untuk masuk ke dewan konsert, dengan memakai korset biru di atas sut putih sebagai penghormatan kepada Aina.

"Saya sangat gembira ia sudah sampai ke Asia. Kami sudah lama menunggu!" katanya.

Para peserta lain termasuk bintang pop Vietnam, Toc Tien, dan penyanyi Mongolia, Beck, yang turut bekerja sebagai ahli ekonomi menasihati timbalan perdana menteri negaranya. Nepal diwakili Pratik Himal Rai yang mempersembahkan lagu rock bersama penari bertopeng.

Undian dalam pertandingan dibahagikan sama rata antara juri negara dan penonton, dan setiap negara tidak boleh mengundi dirinya sendiri.

Eurovision Asia disiarkan secara langsung di TV3 dan Tonton di Malaysia, serta di YouTube.

Eurovision Song Contest dianggap acara muzik siaran langsung terbesar dunia, dengan 131 juta penonton pada 2026. Sepanjang lebih 70 tahun sejarahnya, pertandingan itu membantu melonjakkan kerjaya artis antarabangsa seperti Abba dan Celine Dion.

TopikAina AbdulEurovision AsiaBangkokCarmelleBluest Sky

Foto: Quejaytee / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan