Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Amaran hujan berterusan tahap buruk di Kelantan dan Terengganu hingga Rabu

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap buruk dan waspada bagi beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah, berkuat kuasa sehingga Rabu, 11 November.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, dalam satu kenyataan berkata analisis model ramalan cuaca menunjukkan lonjakan monsun dijangka memasuki rantau negara sehingga tarikh itu.

Katanya, keadaan itu boleh mencetuskan hujan lebat berterusan, terutama di sepanjang pantai timur Semenanjung dan timur Sabah.

Menurut kenyataan terkini pada 8.30 pagi Isnin, amaran tahap buruk dikeluarkan untuk lima daerah di Kelantan, iaitu Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas dan Pasir Puteh.

Di Terengganu, amaran sama berkuat kuasa di hampir seluruh negeri, meliputi Besut, Setiu, Dungun, Kemaman, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Amaran tahap waspada pula dikeluarkan untuk empat daerah di Kelantan, iaitu Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli, serta Hulu Terengganu di Terengganu.

Di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Kuantan, Pekan, Rompin dan Jerantut, manakala di Sabah meliputi Kudat, Paitan, Telupid, Labuk dan Sugut, Sandakan serta Kinabatangan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, platform media sosial rasmi jabatan itu atau talian hotline 1-300-22-1638.

TopikMetMalaysiaHujan berterusanKelantanTerengganuSabah

Foto: Thienzieyung / Wikimedia Commons (CC BY 2.0)

Berita berkaitan