Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Anwar jadi pemandu pelancong Macron di Jalan Petaling

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membawa Presiden Perancis, Emmanuel Macron, bersiar-siar di Jalan Petaling, di sini, pada Selasa sebagai sebahagian lawatan rasmi pemimpin itu ke Malaysia.

Kedua-dua pemimpin tiba di kawasan Chinatown itu pada kira-kira 2 petang bersama pegawai kanan kerajaan kedua-dua negara serta anggota keselamatan. Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh, turut hadir.

Dalam lawatan kira-kira 30 minit itu, mereka berjalan di sepanjang deretan kedai dan menikmati suasana destinasi pelancongan popular tersebut. Mereka turut mengunjungi Tokong Guan Di dan Kuil Sri Maha Mariamman, dua rumah ibadat bersejarah yang terletak berdekatan di Jalan Tun HS Lee.

Anwar kelihatan menerangkan kepada Macron tentang kepelbagaian budaya, produk tempatan dan sejarah kawasan itu. Kedua-duanya turut bertegur sapa dengan orang ramai dan pelancong asing.

Lawatan itu antara aktiviti yang disusun sempena lawatan rasmi Macron ke Malaysia bagi mengukuhkan hubungan diplomatik dan kerjasama dua hala. Ia lawatan rasmi pertama Macron ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Mei 2017.

Perancis ialah rakan dagang ke-10 terbesar Malaysia dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah. Jumlah dagangan dua hala pada 2025 bernilai €4.7 bilion (kira-kira RM21.23 bilion), meningkat 11 peratus berbanding 2024.

TopikAnwar IbrahimEmmanuel MacronJalan PetalingPerancis

Berita berkaitan