Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Aplikasi TuJu catat lebih sejuta pengguna, kos peta tekan sistem – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Aplikasi TuJu mencatat lebih sejuta pengguna dalam tempoh beberapa hari sahaja, namun lonjakan mendadak itu menekan kapasiti sistem sedia ada dan mengakibatkan gangguan teknikal pada fungsi navigasinya.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata muat turun aplikasi itu melonjak daripada kira-kira 200,000 dalam tempoh tujuh bulan kepada 800,000 sebelum melepasi sejuta pengguna.

Beliau berkata, pertambahan pengguna secara mendadak menyebabkan yuran langganan yang dikenakan pembekal perkhidmatan peta navigasi melebihi had pembayaran, sehingga Prosignal terpaksa membayar RM300,000 dalam sehari.

"Susulan itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersama Prosignal melaksanakan langkah pemulihan dan penambahbaikan terhadap aplikasi TuJu," katanya ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2027 dan usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad berkata mulai 6 November, TuJu menggunakan fungsi navigasi yang dipautkan terus ke Google Maps sebagai langkah alternatif untuk mengoptimumkan kos operasi sistem.

Aplikasi yang dibangunkan Prosignal Consortium Sdn Bhd itu dilancarkan secara rasmi pada 26 November 2025 sebagai platform penyampaian maklumat trafik lebuh raya secara masa nyata bagi membantu pengguna merancang perjalanan, sebelum fungsi navigasi ditambah sebagai nilai tambah.

Antara ciri utama TuJu ialah carian lokasi kawasan rehat dan rawat, bantuan kecemasan, siaran langsung kamera litar tertutup serta maklumat trafik masa nyata.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 73,926 aduan diterima menerusi aplikasi MyJalan dari Ogos 2023 hingga Oktober 2026, membabitkan isu seperti turus jalan, halangan, lubang, jalan rosak, kemudahan awam, lampu isyarat, lampu jalan, papan tanda dan tanah runtuh.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan 2027 berjumlah RM10,882,226,100 yang diperuntukkan kepada kementerian itu secara undi suara majoriti, selepas dibahaskan 28 Ahli Parlimen.

TopikTuJuAhmad MaslanLLMKementerian Kerja RayaDewan Rakyat

Foto: DelawareMatt / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan