Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

AS senarai hitam tiga syarikat Malaysia atas kebimbangan cip AI

WASHINGTON: Amerika Syarikat menambah tiga syarikat Malaysia ke dalam senarai entiti Biro Industri dan Keselamatan (BIS) kerana bimbang cip pengkomputeran termaju dialihkan kepada pengguna akhir yang tidak dibenarkan.

Syarikat berkenaan ialah MSFusion Sdn Bhd, PT Megaspeed International dan Speedmatrix Sdn Bhd. Ketiga-tiganya antara tujuh syarikat di Malaysia, Singapura dan Thailand yang disenaraikan melalui peraturan akhir bertarikh 23 November, yang dijangka diterbitkan dalam Federal Register hari ini.

Empat lagi syarikat ialah Megaspeed International Pte Ltd, Apex Enterprise Solutions (Singapore) Pte Ltd dan Swiftdata Pte Ltd di Singapura, serta Megaspeed (Thailand) Co Ltd.

BIS menyatakan wujud "risiko ketara entiti-entiti ini terlibat atau akan terlibat dalam pengalihan komoditi pengkomputeran termaju kepada kegunaan akhir atau pengguna akhir yang tidak dibenarkan".

Kesemua tujuh syarikat itu kini perlu mendapatkan lesen bagi item yang tertakluk kepada peraturan eksport AS, dengan permohonan dikaji di bawah "anggapan penolakan".

Speedmatrix ialah anak syarikat Megaspeed di Malaysia. Megaspeed ialah syarikat pengkomputeran awan berpangkalan di Singapura dan rakan kongsi Nvidia yang disyaki membantu menyalurkan cip AI terhad ke China. Syarikat itu turut dikaitkan dengan siasatan melibatkan dakwaan pengintipan berhubung Nvidia.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) sebelum ini menyatakan tiada permohonan daripada Megaspeed atau Speedmatrix pernah diluluskan, dan Speedmatrix hanya penyewa di pusat data di Malaysia.

Miti turut menjelaskan bahawa pengimportan cip AI ke Malaysia kini tidak memerlukan permit atau lesen. Namun, sejak Julai tahun lalu, syarikat perlu mendapatkan permit untuk mengeksport, mengeksport semula atau memindahkan cip AI berprestasi tinggi buatan AS melalui Malaysia.

TopikAmerika SyarikatBISMegaspeedSpeedmatrixCip AI

Foto: BalticServers.com / Wikimedia Commons (CC BY-SA 3.0)

Berita berkaitan