Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Aunty Gaik Lean diiktiraf restoran Nyonya pertama Malaysia terima bintang Michelin

KUALA LUMPUR: Aunty Gaik Lean's Old School Eatery (AGL) secara rasmi diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) sebagai 'Restoran Nyonya Bintang Michelin Pertama' di Malaysia, satu pencapaian penting bagi warisan kulinari negara.

AGL dianugerahkan satu bintang Michelin pada 2023, menjadikannya restoran Nyonya pertama di Malaysia menerima penghormatan berprestij itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MBR, Christopher Wong, berkata AGL antara tiga restoran masakan Nyonya sahaja di dunia yang memperoleh satu bintang Michelin. Dua lagi berpusat di Singapura.

"Ini pencapaian luar biasa yang wajar dibanggakan Malaysia. Di Malaysia Book of Records, kami berbesar hati mengiktiraf AGL sebagai restoran bintang Michelin Nyonya pertama Malaysia, sekali gus menonjolkan kekayaan warisan kulinari kita di pentas global," katanya dalam satu kenyataan.

Sijil MBR disampaikan Christopher kepada cef dan pengasas bersama AGL, Beh Gaik Lean. Majlis itu turut disaksikan penasihat MBR yang juga bekas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, pengerusi MBR Datuk Seri Dr Michael Tio, pengasas bersama AGL Adrian Tan dan Jayna Tang, serta tetamu dan pelanggan restoran.

Beh dan Adrian menzahirkan penghargaan atas pengiktirafan itu dan menyifatkannya sebagai kejayaan bersama hasil sokongan keluarga, pasukan dan pelanggan.

"Sebagai sebuah keluarga, kami sentiasa percaya warisan kami patut dipelihara, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk generasi akan datang. Pencapaian ini milik semua yang bersama kami sepanjang perjalanan ini, termasuk keluarga, pasukan dan setiap pelanggan yang menyokong kami. Kami berharap terus berkongsi jiwa masakan Nyonya tulen dengan dunia," kata mereka.

Pengiktirafan itu turut dilihat sebagai bukti dedikasi Beh memelihara keaslian, tradisi dan kehalusan seni masakan Nyonya, sekali gus membantu mengangkat warisan Peranakan Pulau Pinang ke tahap antarabangsa.

TopikAunty Gaik LeanMichelinMasakan NyonyaMalaysia Book of Records

Foto: StagiaireMGIMO / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan