Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Banjir kilat landa jalan berhampiran i-City dan Seksyen 7 Shah Alam

SHAH ALAM: Banjir kilat melanda beberapa jalan berhampiran i-City dan Seksyen 7 di sini hari ini, selepas hujan lebat yang bermula kira-kira jam 1 tengah hari.

Hantaran pengguna di aplikasi Threads menunjukkan air bertakung di kawasan terbabit. Seorang pengguna berkongsi video jalan banjir berhampiran i-City, dengan beberapa kenderaan, terutamanya motosikal, terpaksa berhenti di sepanjang laluan itu. Pengguna lain pula memaparkan beberapa kereta meredah air di laluan yang sama.

Rakaman lain menunjukkan banjir kilat pada pukul 2.46 petang di laluan keluar dari kawasan i-City. “Terpaksa lencongkan jalan melalui kawasan belakang kilang (sekitar kilang Pharmaniaga) untuk keluar. Harap semua selamat,” tulis seorang pengguna.

Seorang lagi pengguna memuat naik video banjir di tempat letak kereta di Seksyen 7 dan menasihatkan orang ramai membatalkan hasrat ke kawasan itu bagi mengelak terperangkap.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri dan Kuala Lumpur sehingga jam 5 petang hari ini.

TopikBanjir kilatShah Alami-CitySelangor

Foto: Tuxyso / Wikimedia Commons (CC BY-SA 3.0)

Berita berkaitan