Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Bantuan banjir mungkin dilanjutkan kepada peniaga kecil – Zahid

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan bantuan banjir kepada peniaga kecil yang terjejas, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, cadangan itu akan dibawa kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat untuk dipertimbangkan.

Ahmad Zahid berkata, Bantuan Wang Ihsan setakat ini disalurkan kepada mangsa banjir sebelum mereka pulang ke rumah. "Maksudnya, ketika mereka masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS), kami cuba sedaya upaya menyalurkannya pada waktu itu," katanya.

Bantuan itu turut akan diberikan kepada mereka yang terjejas tetapi tidak berpindah ke PPS, selagi mereka berdaftar di pusat pendaftaran mangsa banjir. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa.

Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Zahid berkata sekurang-kurangnya 159 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara bersiap sedia membantu mangsa banjir sepanjang musim monsun timur laut yang sedang berlangsung.

Menurut beliau, NGO tidak beruniform diselaras oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah kerangka pengurusan bencana. "Penyelarasan telah dilaksanakan di semua peringkat, termasuk dengan NGO yang digerakkan oleh parti politik, tanpa mengira afiliasi politik," katanya.

Ahmad Zahid berkata, lebih 100,000 anggota agensi tindak balas dan teknikal telah digerakkan bagi menghadapi monsun, bersama sokongan pelbagai aset dan peralatan operasi.

"Antaranya hampir 2,500 bot, lebih 2,000 kenderaan pacuan empat roda, lebih 1,100 lori, 28 pesawat dan lebih 35,000 jaket keselamatan, termasuk 101 aset Jabatan Kerja Raya yang bersiap sedia," katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa telah mengenal pasti 3,045 titik panas banjir dan meneliti 31 kawasan titik panas tanah runtuh. "Sekurang-kurangnya 90 dikategorikan sebagai kritikal tinggi, 92 sederhana kritikal dan 81 kurang kritikal," katanya.

TopikAhmad Zahid HamidiBanjirBantuan Wang IhsanMonsun Timur Laut

Berita berkaitan