Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Bekas Timbalan Presiden Dewan Negara Abdul Halim meninggal dunia pada usia 86 tahun

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden Dewan Negara, Abdul Halim, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sekitar 4.20 petang tadi pada usia 86 tahun.

Adik bongsunya, Zulkhairi Abdul Samad, berkata allahyarham mengidap penyakit paru-paru sejak beberapa tahun lalu dan turut mengalami kerosakan injap jantung, selain kerap dimasukkan ke hospital.

"Allahyarham tiba-tiba hilang kesedaran semalam. Doktor memaklumkan ia berkemungkinan disebabkan jangkitan bakteria pada paru-paru," katanya seperti dipetik Bernama.

Jenazah disemadikan di Gombak esok pagi. Buat masa ini, jenazah berada di kediaman allahyarham di Jalan Jelatek, Kampung Datuk Keramat.

Abdul Halim berasal dari Kuantan, Pahang, dan meninggalkan seorang balu, Iasah Ibrahim, serta tiga anak.

Allahyarham dilantik sebagai senator pada 3 November 2014 dan berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Dewan Negara dari 18 April 2016 hingga 2 November 2020.

Beliau pernah berkhidmat sebagai guru sekolah, setiausaha akhbar dan setiausaha ssulit kanan kepada bekas perdana menteri, Najib Razak. Allahyarham juga ketua pertama Pemuda Umno Wilayah Persekutuan.

TopikAbdul HalimDewan NegaraNajib RazakUmnoObituari

Berita berkaitan