Bomba selamat pendaki cedera kaki di Bukit Larut, Taiping

IPOH: Seorang lelaki berusia 36 tahun diselamatkan selepas cedera pada kaki kirinya ketika mendaki di Bukit Larut, Taiping, pada Sabtu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima kira-kira pukul 8.40 pagi.
Menurutnya, mangsa merupakan sebahagian daripada kumpulan lima orang yang mendaki bukit itu. Jarak dari pintu masuk ke lokasi mangsa adalah kira-kira 1.5 kilometer.
"Mangsa dibawa turun menggunakan pengusung dan diserahkan kepada anggota Kementerian Kesihatan," katanya dalam satu kenyataan. Operasi menyelamat tamat kira-kira pukul 10.35 pagi.




