Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Cukai minimum global dan pusat data antara isu dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan cukai minimum global dan pertumbuhan pesat industri pusat data antara isu yang akan dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini, berdasarkan Kertas Aturan Urusan Mesyuarat di laman web rasmi Parlimen.

Persidangan bermula pada 10 pagi. Lim Guan Eng (PH-Bagan) akan bertanya Menteri Kewangan mengenai jumlah cukai minimum global yang dikutip sejak pelaksanaannya pada 2025 semasa sesi soal jawab lisan.

Beliau juga mahu tahu sama ada cukai ke atas perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) akan dikurangkan kepada 15 peratus bagi menyeragamkan kadar supaya syarikat tempatan tidak diletakkan pada kedudukan kurang menguntungkan berbanding syarikat antarabangsa.

Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) pula akan meminta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menjelaskan langkah dan mekanisme kerajaan bagi memastikan pertumbuhan pesat industri pusat data tidak menjejaskan kecukupan bekalan air negara.

Soalan Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) kepada Menteri Sumber Manusia turut menarik perhatian. Beliau meminta statistik tahap pematuhan majikan berikutan pelaksanaan Dasar Gaji Minimum RM1,700, serta tindakan penguatkuasaan terhadap sektor perniagaan mikro luar bandar yang terbeban dengan kos operasi baharu itu.

Selepas sesi soal jawab, Dewan Rakyat dijadual menyambung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 (Bajet 2027) di peringkat jawatankuasa.

Mengikut jadual Dewan Rakyat, perbahasan peringkat jawatankuasa Bajet 2027 berlangsung sehingga 26 November, dengan baki 16 kementerian menggulung perbahasan portfolio masing-masing.

TopikDewan Rakyatcukai minimum globalpusat dataBajet 2027gaji minimum

Foto: CEphoto, Uwe Aranas / Wikimedia Commons (CC BY-SA 3.0)

Berita berkaitan