DAP dan MCA Selangor sedia berdebat prestasi kerajaan negeri

DAP Selangor mengesahkan parti itu dan MCA Selangor akan menyertai debat mengenai dasar dan pencapaian kerajaan negeri Selangor, susulan cabaran yang dibuat Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook.
DAP Selangor menyatakan Pengerusi MCA Selangor, Lawrence Low, telah menyatakan kesediaan menyahut cabaran debat itu. Loke dilaporkan mencabar MCA berdebat mengenai dasar dan pencapaian kerajaan Selangor di bawah Pakatan Harapan berbanding semasa di bawah pemerintahan Barisan Nasional.
DAP Selangor yakin pencapaian kerajaan negeri diterajui Pakatan Harapan sejak 2008 akan memenangi keyakinan rakyat.
"Dalam masyarakat demokratik, perbincangan terbuka mengenai tadbir urus yang baik wajar dialu-alukan," kata parti itu dalam hantaran Facebook. "DAP Selangor akan mengumumkan tarikh, masa, tempat, format debat dan wakil tidak lama lagi. Kami berharap ini membantu mewujudkan budaya politik yang sihat dan rasional."
Foto: C.W. Tan / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)




