Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Doktor 74 tahun hilang ketika luncur angin di perairan Tanjung Bungah

GEORGE TOWN: Seorang doktor berusia 74 tahun dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti luncur angin di perairan Tanjung Bungah, berhampiran sebuah kelab renang, pada Ahad.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan lelaki itu pada pukul 7.42 malam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

"Jentera tiba di lokasi tiga minit kemudian. Pasukan Keluaran Operasi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan kaedah pencarian di permukaan air," katanya dalam satu kenyataan.

Pusat Kawalan Bomba turut dibuka di kelab renang berkenaan bagi menyelaras operasi. Operasi SAR membabitkan lima anggota termasuk penyelia, dengan bantuan jentera Fire Rescue Tender, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan polis.

Menurut John, sehingga laporan awal dikeluarkan, mangsa masih belum ditemukan dan operasi diteruskan. Maklumat terkini mengenai pencarian akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

TopikTanjung BungahPulau PinangBombaLuncur angin

Foto: AlixSaz / Wikimedia Commons (CC BY-SA 4.0)

Berita berkaitan