Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Dr Mahathir hadir Perhimpunan Agung Tahunan Pejuang, penampilan pertama selepas pemergian Tun Hasmah

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kembali menghadiri acara parti apabila hadir pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2026 Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini pada Ahad.

Negarawan berusia 101 tahun itu tiba pada jam 11.37 pagi, hampir tujuh minggu selepas kehilangan isteri tercinta. Beliau yang masih menggunakan kerusi roda meluangkan masa bersalaman dan beramah mesra dengan pimpinan Perikatan Nasional (PN) serta perwakilan yang hadir.

Sebelum itu, beliau dipercayai menziarahi pusara isterinya, Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohd Ali, di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.

Tun Hasmah meninggal dunia pada 28 September lalu pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Pasangan itu telah berkahwin selama 70 tahun sejak 5 Ogos 1956. Susulan kematian itu, Dr Mahathir turut dimasukkan ke IJN untuk pemerhatian.

Pada 26 Oktober lalu, beliau tidak dapat menghadiri Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) kerana keadaan kesihatan. Anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir, membacakan ucapan bapanya pada forum itu.

TopikDr Mahathir MohamadPejuangTun HasmahShah Alam

Foto: Russian Presidential Press and Information Office / Wikimedia Commons (CC BY 4.0)

Berita berkaitan