Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Dua kanak-kanak rentung atas katil dalam kebakaran rumah di Sik

SIK: Dua kanak-kanak berusia setahun empat bulan dan tiga tahun ditemukan rentung atas katil dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Teloi Tua di sini pada awal pagi Sabtu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sik tiba di lokasi pada jam 6.27 pagi sejurus menerima panggilan kecemasan.

Sebaik tiba, anggota bomba mendapati sebuah rumah kelas A berukuran 20 kaki kali 10 kaki sedang marak, dengan kemusnahan dianggarkan 90 peratus.

"Operasi pemadaman menggunakan dua aliran hos dengan sumber air daripada tangki jentera dan pili bomba berdekatan. Dua mangsa ditemukan di atas katil dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," menurut kenyataan itu.

Operasi tersebut turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela terdekat, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sehingga kini, kerja-kerja pemadaman dan overhaul masih dijalankan di lokasi, manakala punca kebakaran masih disiasat.

TopikSikKedahKebakaranJBPM

Foto: Tony Webster / Wikimedia Commons (CC BY-SA 3.0)

Berita berkaitan