Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Dua wanita maut tercampak keluar dari Mercedes-Benz terbabas di Lebuhraya Persekutuan

PETALING JAYA: Dua wanita maut selepas tercampak keluar dari sebuah kereta Mercedes-Benz yang terbabas sebelum merempuh tebing di bahu kiri Lebuhraya Persekutuan di Kilometer 34 menghala ke ibu negara awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata kejadian berlaku kira-kira 5.30 pagi dan pihaknya menerima maklumat mengenainya kira-kira 7 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta berwarna emas itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tebing di bahu kiri jalan.

"Akibat pelanggaran itu, kenderaan berkenaan kemudian berpusing dan menyebabkan dua penumpang wanita warga tempatan yang berada di bahagian belakang, masing-masing berusia lingkungan 20-an dan 30-an, tercampak keluar melalui cermin belakang," katanya dalam kenyataan.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kereta itu dipercayai dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20-an, yang kini sedang dikesan selepas melarikan diri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis meminta saksi yang berada di tempat kejadian tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor M Sivam, di talian 017-329 0749 atau IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.

TopikPetaling JayaLebuhraya Persekutuankemalangan mautpolis

Foto: Internet Archive Book Images / Wikimedia Commons (No restrictions)

Berita berkaitan