Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Empat remaja ditahan selepas kejar-mengejar berkelajuan tinggi, dikaitkan kes culik

IPOH: Empat remaja, termasuk seorang perempuan, ditahan selepas polis mengejar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) hitam yang disyaki berkaitan kes culik, sebelum ia dihentikan di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Simpang Pulai.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superintendan Mohd Fadzil Ismail, berkata tiga lelaki dan seorang perempuan itu ditahan di KM286.5 pada Jumaat lalu.

Menurutnya, anggota peronda menerima maklumat daripada Pusat Kawalan Daerah Tapah kira-kira jam 4.20 petang untuk membantu Balai Polis Ringlet, Pahang menjejaki kenderaan berkenaan.

Kenderaan itu dikesan kira-kira jam 5.30 petang di Jalan Pahang berhampiran Batu 3, Tapah. Pemandu enggan berhenti apabila diarahkan dan memecut sehingga hampir melanggar seorang anggota yang bertugas.

"Anggota mengejar ke arah plaza tol Tapah dan semasa cubaan memintas, kenderaan suspek merempuh bahagian belakang MPV polis," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Pengejaran diteruskan dengan bantuan sebuah lagi MPV polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh sehingga kenderaan itu akhirnya dihentikan berhampiran Simpang Pulai.

Pemeriksaan awal mendapati ujian saringan air kencing keempat-empat remaja itu negatif dadah dan mereka tiada rekod jenayah lampau. Kenderaan tersebut disita bagi membantu siasatan.

Tiga suspek lelaki direman empat hari sehingga 25 November, manakala suspek perempuan dibebaskan dengan jaminan polis kerana turut terbabit dalam kes lain yang disiasat di Jitra, Kedah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186, 279 dan 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, memandu secara melulu serta menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Tapah di talian 05-4011222.

TopikTapahSimpang PulaiPolis PerakCulik

Foto: Tony Webster / Wikimedia Commons (CC BY 2.0)

Berita berkaitan