Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Fasa kedua pendaftaran pelarian Myanmar bakal bermula, kerajaan kaji sekatan pergerakan

KUALA LUMPUR: Program pendaftaran pelarian Myanmar di seluruh negara masih berada di fasa pertama yang merangkumi pelarian di depot tahanan imigresen, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerajaan turut mengkaji sama ada sekatan pergerakan perlu dikenakan ke atas kumpulan pelarian itu, dengan mengambil kira keselamatan dan kedaulatan negara serta hak asasi manusia.

"Kerajaan juga sedang mengkaji sama ada sekatan pergerakan perlu dikenakan terhadap kumpulan pelarian ini, dengan mengambil kira keselamatan dan kedaulatan negara serta aspek hak asasi manusia," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) mengenai status pelan pengurusan pelarian menyeluruh yang sedang disediakan untuk kelulusan Kabinet, serta cadangan membentangkan kerangka dasar itu di Dewan Rakyat.

Menurut Ahmad Zahid, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bekerjasama dengan kementerian dan agensi berkaitan untuk mengumpul maklum balas dan merangka langkah yang sesuai bagi menangani isu berkaitan pelarian.

Dalam jawapan berasingan kepada Shahidan Kassim (PN-Arau), beliau berkata pelarian memasuki negara ini menerusi sindiket yang beroperasi di sempadan darat dan laut, bukan melalui pintu masuk antarabangsa yang sah atau diwartakan.

Kerajaan juga sedang mempergiat usaha memperkukuh Arahan MKN No. 23 mengenai Dasar dan Mekanisme Pengurusan Pelarian dan Pencari Suaka (semakan 2023).

Operasi bersepadu membabitkan agensi keselamatan, badan penguat kuasa dan pihak berkuasa tempatan turut dijalankan bagi menangani kesalahan oleh warga asing, termasuk aktiviti kumpulan kongsi gelap.

"Pelaksanaan DPP bagi tujuan pendaftaran, bersama operasi bersepadu agensi keselamatan dan penguat kuasa, dijangka membantu membendung pengaruh negatif yang cuba memanipulasi komuniti sedia ada," katanya.

Shahidan bertanya mengenai langkah menangani kemasukan pelarian Myanmar yang didakwa terbabit dalam kegiatan kumpulan kongsi gelap, khususnya di pasar Selayang, serta mencegah komuniti itu daripada dieksploitasi.

TopikPelarianMyanmarAhmad Zahid HamidiMKN

Berita berkaitan