Rabu, 25 November 2026
TERKINI
MCA persoal kesediaan sekolah terima murid enam tahun, bimbang tekanan sistem pendidikanKLK catat kerugian bersih RM118.4 juta bagi FY26 selepas peruntukan rosot nilai RM1.61 bilionBas Kementerian Kesihatan terbakar berhampiran R&R Senawang, 14 penumpang selamatHarga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai 26 NovemberUntung bersih TM suku ketiga susut 28 peratus kepada RM494 jutaTiada rancangan bubar DUN Pahang, kata Wan RosdyLebih 200,000 pelarian masih di Malaysia, Syed Saddiq persoal 'transit sampai bila?'Amir Hamzah dilapor pertimbang sertai Maybank selepas tamat tempoh senatorPenduduk Pulau Pinang diminta bersiaga, air pasang besar dijangka cecah 2.71 meterPunca kematian Patrick Stewart didedahkan, sijil kematian sebut gangguan neurokognitif Lewy body

Gangguan bekalan elektrik dan air di hospital kerajaan Sabah perlu ditangani serius – Yayasan Pengguna

KOTA KINABALU: Gangguan bekalan elektrik dan air di hospital serta kemudahan kerajaan di Sabah perlu ditangani dengan serius, kata Yayasan Pengguna Malaysia (MCF) cawangan Sabah.

Pengerusinya, David Chan, berkata insiden gangguan elektrik di sebuah hospital baru-baru ini yang menyebabkan pembedahan dijalankan dengan bantuan lampu suluh doktor amat membimbangkan.

Menurutnya, isu itu tidak boleh dipandang ringan kerana ia menimbulkan persoalan tentang kebolehpercayaan bekalan elektrik kecemasan dan keselamatan pesakit semasa rawatan.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan negeri perlu bekerjasama mengenal pasti punca masalah, mencari penyelesaian dan melaksanakannya.

Chan berkata gangguan bekalan elektrik dan air di Sabah sudah terlalu lama menjejaskan pengguna dan penyedia perkhidmatan.

Beliau mencadangkan setiap hospital dilengkapi sumber tenaga dan air sandaran yang boleh dipercayai, selain kerajaan Persekutuan memperuntukkan dana khas untuk memasang atau menaik taraf sistem penyimpanan tenaga bateri atau UPS di kemudahan itu. Beliau turut mencadangkan audit teknikal menyeluruh ke atas semua sistem bekalan kecemasan di hospital kerajaan Sabah.

"Kami menghargai semua pegawai dan kakitangan perubatan yang melaksanakan tugas tanpa jemu walaupun berdepan banyak cabaran. Keselamatan pesakit mesti sentiasa diutamakan. Hospital sepatutnya tempat selamat, bukan berisiko," katanya.

Sebelum ini, Jabatan Kesihatan Sabah menjelaskan insiden gangguan elektrik yang dibangkitkan di Dewan Rakyat pada 17 November itu berpunca daripada litar pemutus utama di dewan bedah yang terputus secara automatik (trip), dan pembetulan telah dilakukan.

TopikSabahHospitalYayasan Pengguna MalaysiaDavid Chan

Berita berkaitan